Monday, October 11, 2010

Pengenalan

Objektif Jawatankuasa Penduduk

1. Mewujudkan masyarakat yang bersatu padu, bermuafakat dan harmoni di dalam kawasan taman-taman perumahan.

2. Membantu melahir dan mengembeling idea dengan MDP melalui semangat perkongsian bijak bagi menghasilkan mutu perkhidmatan dan system penyampaian yang berkesan.

3. Meningkatkan keberkesanan perlaksanaan program-program yang dilaksanakan oleh MDP

4. Sebagai saluran informasi bagi menyampaikan keperluan dan kebajikan penduduk.

5. Menyokong setiap dasar, program dan hasrat kerajaan supaya dapat difahami dan dihayati oleh setiap penduduk.

6. Mewujudkan suasana bersih, indah, sejahtera dan selamat serta memupuk semangat kekitan di dalam kawasan taman perumahan.

7. Mewujudkan masyarakat yang positif dan proaktif terhadap program-program dan projek-projek kerajaan.


Fungsi Jawatankuasa Penduduk


1. Mengeratkan silaturahim di kalangan masyarakat setempat

2. Bekerjasama di dalam memelihara keindahan, keceriaan dan taman-taman perumahan

3. Mewujudkan suasana persekitaran yang selamat di kawasan taman-taman perumahan

4. Mengenal pasti dan memaklumkan masalah-masalah yang terdapat di dalam kawasan taman-taman perumahan

5. Mengatasi dan mengawal gejala social dengan menerapkan nilai-nilai murni dan budaya hidup sihat di kalangan masyarakat

6. Membantu menyampaikan dasar-dasar serta penglibatan masyarakat di dalam melaksanakan program-program dan projek-projek kerajaan

7. Menggiatkan aktiviti social, kesukanan dan kemasyarakatan di kawasan perumahan

8. Meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan penjagaan dan pemuliharaan kebersihan, keceriaan dan kesihatan di kawasan taman-taman perumahan

9. Memastikan keberkesanan dan penglibatan penduduk tempatan di dalam program-program gerak mesra MDP

10. Mewujudkan sikap kepunyaan (self-belonging) masyarakat terhadap harta benda awam

11. Membantu di dalam menyediakan maklumat asas kependudukan (inventori) di dalam taman-taman perumahan

No comments:

Post a Comment